Monday, 21 March 2016

Rafique's Girl

Salam dan helo semua...

Lynn ada cerita baru yang mahu dikongsi bersama pembaca semua... Kali ni, lynn tulis kisah yang agak simple dan santai. Sesuai untuk orang yang nak release stress. InsyaAllah judul cerita yang terbaru ni ialah Rafique's Girl. Ni cover sementara & olok-olok dulu...

Will be posting the chapters soon...

Sinopsis

Rafique Azwar, lelaki yang digelar ‘mamat sejuk beku’ oleh adik sendiri, memang tidak pandai bercinta. Riaknya yang sentiasa serius serta perwatakan yang kaku membuat semua gadis yang pernah mendampinginya, angkat kaki begitu saja kerana tidak tahan dengan sikapnya yang kaku dan tak pandai mengambil hati seorang perempuan. Sehinggalah dia bertemu Dhamira...

Pertemuan pertama membuat Rafique gagal mengawal mata serta emosi. Namun, kemahuan hati yang sudah berbisik rasa, tidak mampu dituruti kerana percaya gadis itu sudah berpunya. Bukan pendiriannya merampas milik lelaki lain. Hati membengkak melihat kemesraan Dhamira bersama Danial dan bebas laku pasangan itu, sehinggakan dia mampu bertindak di luar jangkaan.

Dhamira, gadis selamba yang memendam seribu rahsia. Rahsia yang menyimpan selautan duka. Bertemu dengan Rafique membuat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mendebarkan sukma. Sedar yang Rafique sering bersangka buruk akan hubungannya dengan Danial, Dhamira tetap mendiamkan diri. Namun, tatkala rahsia akhirnya tersingkap, Rafique terkedu sendiri...

Korang tak malu ke?... Aku bukan sekadar sakit mata tengok korang dengan tak malunya bersentuh-sentuhan depan orang ramai, tapi aku pun dah terpalit dosa jugak sebab benarkan perkara mungkar berlaku depan mata aku!” – Rafique

Tidak sempat meminta maaf, Dhamira ditimpa kecelakaan. Kecelakaan yang menyerlahkan kesanggupan Rafique untuk berkorban harta dan nyawa demi Dhamira. Maka atas alasan ‘hutang nyawa’ serta desakan daripada Danial, Dhamira bersetuju menerima lamaran Rafique. Sukarnya meniti kehidupan rumah tangga apabila dua jiwa yang jauh berbeza bersatu. Rafique yang beku, serta Dhamira yang terlalu halus hatinya. Salah faham sering terjadi, membuat Dhamira semakin terluka. Dia tidak biasa berdampingan dengan lelaki seperti Rafique yang tidak pernah meluahkan rasa hati.

Apa lagi rahsia yang disimpan Dhamira? Mengapa kebahagiaan yang dicari Dhamira sering menjadi iri kakak kandung sendiri? Betulkah Rafique tidak mencintainya? Mampukah Dhamira melenturkan kebekuan hati suami sendiri?


2 comments:

  1. Salam Lynn, Rafique's girl dah published ke? I saw some chapters at Love Novel's blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ben, belum lagi. Dijangkakan akan publish untuk pesta buku hujung bulan April ni... Thank you for asking ya..:)

      Delete

Sila gunakan bahasa yang berhemah. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima kasih....